𝐗ᎥαN📴
27/12/2022
ANAK
Anak
Episod 30
Wandiana Julie bahagia dan kerap kali memandang pregnantcy test dua garis. Hatinya teramat gembira dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. Iswandi semakin gelisah memikirkan pelbagai hal yang bakal terjadi. Desakan demi desakan dari pihak Khairul bersungguh mahu perkahwinan anaknya diraikan mengikut kehendaknya.
" Bie.. hadiah yang bie bagi ni terlalu besar. Sayang bahagia teramat. Sebagai balasan, sayang ikhlas dimadukan. "
Kata kata dari Jue mengejutkan Fauzi, Maria dan Iswandi Zainal.
" Sayang.. tapi bie tak sanggup nak madukan sayang dalam keadaan sayang perlukan bie. "
Luluh hati Maria mendengar kata kata anak nya.
" Dalam dunia ni kan bie, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Berbahagi kasih adalah melengkapi kelemahan dan kekurangan masing-masing. Andai sayang tak pandai berdandan.. madu pandai. Jadi pasangan bie lengkap. "
Bersinar mata Jue menerangkan. Habis akal Maria mendengar penjelasan Jue. Jauh di hati Fauzi bersyukur, isteri Zainal wanita hebat. Meringankan beban hati semua insan dirumah. Isteri taat dan menantu yang baik. Buat pertama kali Fauzi mengalirkan air mata. Tanpa sedar dia berjalan ke arah menantunya. Pertama kali dia memeluk menantunya menangis tersedu-sedan.
" Papa tak pernah anggap Jue menantu. Tapi anak papa juga. Apa agaknya kebaikan papa dengan mama dah buat sehingga dihadiahkan menantu sebaik Jue. "
Maria turut memeluk Wandiana Julie dengan penuh kasih sayang. Bagi mereka pengorbanan Jue terlalu besar. Datangnya tanpa majlis selayaknya tapi hadirnya memberikan kenikmatan kasih sayang pada semua orang.
*******
" Hello Irzan...ada kat mana. Kakak nak hantar ayam pansuh ni. " Lydia menghubungi anak ayah angkatnya Azman.
" Ada kat pejabat lagi kak. Kak kat mana?" Tanya Irzan.
" Bawah ni..tempat parking kereta. Turunlah." Arah Lydia.
Irzan turun dengan bahagia. Walaupun dia perantau di Sarawak sekurangnya kak Lydia satu satunya keluarga yang dia ada. Kereta Isuzu Dmex hitam milik Lydia memang dikenalinya. Saat sampai, alangkah terkejutnya Irzan, dia disergah dari belakang kenderaan.
" Abah... Paklong!!!!" Menjerit Irzan kesukaan.
" Ha.. ni la ayam pansuh yang kak nak hantar. Makan la sampai kenyang. " Usik Lydia.
" Wah.. kalau ni ayam pansuhnya, saya tak nak lepas ni kak. "
Mereka berpelukan melepaskan kerinduan. Azman dan Budin sengaja memberikan kejutan dengan datang ke sarawak.
" Kenapa datang tak bagitahu. Irzan dah la duduk rumah sewa berkongsi. " Muncung mulut Irzan berkata kata.
" Satu Malaysia ni kita ada hotel. Masuk je free. Nak tinggal sampai reput pun tak ada masalah. Dah namanya kita punya. Eh eh anak ko ni Man..banyak makan semut ke apa. Yang kamu pergi sewa rumah dah kenapa? Bertempek tempek rumah kat sarawak ni kakak kamu ni empunya. Kami pemilik bersama. Pilih je mana satu. Dua tingkat, tak ada tingkat ha.. nak duduk rumah tepi laut pun ada. Adoiii la anak ko ni Man..kalau aku bebel kang, dikatanya aku paklong mulut tokeng ayam. Dari kecik pesan..kat rumah bukan sekolah..udahnya tak puas aku nak membebel. " Budin membebel sambil berusaha untuk turun dari kenderaan. Walaupun dia sudah tua dan berkedut, tetapi lemak ditubuhkan tetap segar menemaninya sepanjang usia.
" Ala.. biar la dia usaha guna duit gaji dia hidup. Merasa juga la korek tabung hujung bulan macam kita dulu. Kalau asyik senang je tak merasa susah, mana nak merasa nikmat hidup. Sama la macam puasa. Dah lapar dahaga tu, dapat air kosong sejuk pun rasa dapat loteri tau. Ha kau apa tau..kerja kau makan je bang." Jawab Azman.
" Pakcik Pion tak ikut ke ayah?" Tanya Irzan.
" Pakcik Pion ko tak ikut. Cucu dia nak lahir. Lagipun semua ke sini, siapa nak jaga hal ehwal the team kat sana. Kami ni nak berehat juga. Dah tua tua ni, nak holiday la dengan isteri sendiri. " Jawab Azman.
" Eh ibu pun ikut ke.. mana? Kenapa tak jumpa Irzan?" Suara Irzan agak perlahan.
" Dah kamu tengah kerja..buat la kerja. Kang habis kerja pergi je la hotel Waterfront tu ha. Ok la.. kang datang..ayam pansuh ada je kak Lydia kamu bawa. Nak pakai makan malam." Azman tersengih-sengih.
Akhirnya Budin menjejak kaki ke tar jalan. Dia terus masuk ke kenderaan dengan senyap.
" Apak Budin.. kenapa baju basah sangat?" Tanya Lydia.
" Kereta kamu ni memang tak ada belas kasihan. Naik senang turun payah." Balas Budin.
" Eh apak yang tak buka belakang tu sebelum turun. Dah kenapa turun dari tepi. Tak pernah di buat orang Sarawak apak oii..turun dari tepi. " Lydia tersengih-sengih menjawab.
" Apak sebenarnya nak tunjuk terer kat polis perempuan depan sana. Konon nak terjun macam Inspektor Singgam. Tapi malangnya apak turun dah macam si luncai terjun sampan. Dah